Sebuah filem arahan Prof. A.B.G. DIN. sebuah filem seram yang akan menghantui rakan-rakan anda yang takut ke tandas dan bakal menakutkan hantu-hantu yang berkeliaran di waktu malam.
Cerita yang mengisahkan seorang perenang bernama koko yang gemar terdampar di tepi pantai atau kolam selepas melakukan aktiviti berenangnya. Akibat dari perbuatan terkutuknya itu beberapa pelajar yang membenci perbuatan kutuknya itu berpakat untuk membawa koko ke sebuah pulau di australia dan bercadang untuk menakut-nakutkannya selepas beliau berenang. Namun gurauan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila selipar salah seorang dari mereka hilang.
Ikuti tindakan seterusnya mereka di pawagam berdekatan pada hujung tahun ini.
Thursday, April 23, 2009
Kilometo
Sejenis sukatan digunakan pada zaman dahulu untuk mengukur ketajaman mata pisau. Alat yang digunakan adalah berupa gigi taring yang diperbuat dari tulang lembu.Namun alat itu kini tidak lagi digunakan kerana tidak terdapat dalam mana-mana buku sains di Malaysia kerana setiap buku sains hanya menggunakan unit sukata SI (standard International).
Kilometo kini masih lagi digunakan oleh sesetengah pemburu klasik yang masih lagi memburu menggunakan tombak dan parang sebagai senjata buruan. Difahamkan kilometo ini masih aktif digunakan oleh penduduk asli di kepulauan selatan afrika. Bagaimanapun alat diimport di asia tenggara kerana tidak terdapat lembu di kepulauan berkenaan. Difahamkan ia satu-satunya bahan yang diimport ke kepulauan berkenaan sejak 50 tahun lalu.

Traid
Satu lagi perkataan yang melambangkan kedudukan. Tetapi perkataan ini tidak digunakan untuk jirim yang sedang statik. Ia juga boleh digunakan untuk sebuah jirim yang dalam keadaan dinamik atau bergerak. Traid juga tidak semestinya digunakan untuk sesuatu gambar 3 dimensi, ia boleh digunakan untuk gambar 2 dimensi. Namun sesetengah saintis berkata traid juga mampu digunakan pada gambarajah dan ahli kongres sedunia tidak mempersetujui traid digunakan untuk gambar gajah kerana berunsur perkauman.
Contoh ayat: "Kalau adik nak pergi ke zoo, adik cuma pergi traid. Adik dah traid, adik bg signal ke kiri adik masuk kiri, adik traid lagi. dalam 1km adik traid adik sampaila." Ayat berkenaan jelas menunjukkan sasuatu jirim dalam keadaan dinamik. Bergerak dari satu titik ke satu titik dalam keadaan tegak kehadapan. Untuk sesuatu yang statik dan tegak ke bahagian atas adalah tidak sesuai digunakan dan berunsur lucah.

Tengi
Kedudukan sesuatu jirim di antara 2 jirim lain. Ataupun keadaan jirim yang statik pada permukaan yang lebar. Tengi tidak lagi digunakan kerana ketepatannya yang kurang jelas untuk menyatakan sesuatu keadaan atau kedudukan.
Contoh ayat: "Din suka berbaring di tengi jalan". ayat berkenaan menyatakan lokasi sesuatu jirim yang "BESAR" mewakili 'din' yang berbaring di tengah jalan. Ayat berkenaan mudah untuk kita fahami yang jirim berkenaan iaitu 'din' adalah sangat besar sehingga boleh menutup sebuah jalan dan menyukarkan lalu lintas. Tidak pula dinyatakan bahawa din itu tidak mampu bergerak atau malas untuk bergerak. Tetapi jika din itu sedang berbaring ternyata beliau sedang dalan keadaan malas. Namun tengi bukanlah satu perkataan yang berunsur kutukan atau dicipta untuk mengutuk. Tetapi ayat contoh yang diberi jelas sedang mengutuk.

Friday, April 3, 2009
Perpepsi
Persepsi adalah pendapat seseorang dari pandangan beliau. Namun tidak tercatat dalam kamus dewan edisi ketiga atau keempat perkataan 'perpepsi'. Ini kerana dewan bahasa dan pustaka tidak memperkenankan ayat berkenaan kerana takut disaman oleh syarikat minuman gergasi bernama Pepsi.
Walaubagaimanapun perpepsi masih lagi digunakan oleh sesetengah pelajar IPTS yang mahu mengukuhkan pendapat mereka apabila berbahas dengan rakan-rakan mereka. Ini dipercayai mampu merosakkan bahasa ibunda kita jika terus digunakan untuk tujuan berbahas.

Proton Semporna
Proton persona adalah model terbaru proton untuk sebuah kereta sedan. Dan semporna adalah sebuah syarikat pengeluar rokok dari Indonesia, namun bagi perokok pasif, sering tersilap atau sengaja dikelirukan kedua-dua nama ini. Persona tidak lagi dipanggil persona tetapi lebih senang dipanggil semporna.
Batak Tenang
Batak dan Tenang agak mudah didapati dalam percakapan seharian kita, ia juga terdapat dalam kamus dewan. Namun penggunaan kedua-dua perkataan sekaligus sangat jarang didengari oleh kita semua. 'Batak Tenang' jika dihuraikan bermaksud seorang kuli batak yang sangat tenang perangainya. Agak berlainan dengan maksud sebenarnya iaitu senang yang amat sangat atau bahasa muda mudi, "Bapak Senang!!"
Setelah dikaji, batak tenang agak menyerupai maksudnya bapak senang kerana tiada kuli batak yang sangat tenang dengan pekerjaannya melainkan pekerjaannya itu bapak senang nak buat. Ketenangan itu akan didapati apabila pekerjaan mereka terlalu senang.

Subscribe to:
Comments (Atom)