Thursday, April 23, 2009

Jangan Pandang Dulu

Sebuah filem arahan Prof. A.B.G. DIN. sebuah filem seram yang akan menghantui rakan-rakan anda yang takut ke tandas dan bakal menakutkan hantu-hantu yang berkeliaran di waktu malam.

Cerita yang mengisahkan seorang perenang bernama koko yang gemar terdampar di tepi pantai atau kolam selepas melakukan aktiviti berenangnya. Akibat dari perbuatan terkutuknya itu beberapa pelajar yang membenci perbuatan kutuknya itu berpakat untuk membawa koko ke sebuah pulau di australia dan bercadang untuk menakut-nakutkannya selepas beliau berenang. Namun gurauan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila selipar salah seorang dari mereka hilang.

Ikuti tindakan seterusnya mereka di pawagam berdekatan pada hujung tahun ini.

2 comments:

  1. wuhuhu~
    ak dah tgk trailer citer nih...seram wei...

    ReplyDelete
  2. macam tak kena jer... tapi not bad

    ReplyDelete