Thursday, April 23, 2009

Traid

Satu lagi perkataan yang melambangkan kedudukan. Tetapi perkataan ini tidak digunakan untuk jirim yang sedang statik. Ia juga boleh digunakan untuk sebuah jirim yang dalam keadaan dinamik atau bergerak. Traid juga tidak semestinya digunakan untuk sesuatu gambar 3 dimensi, ia boleh digunakan untuk gambar 2 dimensi. Namun sesetengah saintis berkata traid juga mampu digunakan pada gambarajah dan ahli kongres sedunia tidak mempersetujui traid digunakan untuk gambar gajah kerana berunsur perkauman.

Contoh ayat: "Kalau adik nak pergi ke zoo, adik cuma pergi traid. Adik dah traid, adik bg signal ke kiri adik masuk kiri, adik traid lagi. dalam 1km adik traid adik sampaila." Ayat berkenaan jelas menunjukkan sasuatu jirim dalam keadaan dinamik. Bergerak dari satu titik ke satu titik dalam keadaan tegak kehadapan. Untuk sesuatu yang statik dan tegak ke bahagian atas adalah tidak sesuai digunakan dan berunsur lucah.

No comments:

Post a Comment