Thursday, January 15, 2009

Kepale sawit




Sejenis tumbuhan yang tumbuh di Kajang, selangor. Kepale sawit mampu menghasilkan minyak yang mampu menyuburkan kulit kepala. Akibatnya si pemakai akan ditumbuhi rambut yang kasar dan tegak secara semulajadi.

Kepale sawit hanya ditanam dan dibiakkan di kawasan kajang sahaja memandangkan iklim dan suasana di kajang sangat sesuai untuk pokok kepala sawit.

Kepala sawit menghasikan buah sepeti biji sawit, pokoknya rendang dan buahnya mampu dipetik oleh seorang yang berketinggian 160cm. Buah kepale sawit tidak mampu menghasilkan minyak untuk dimasak seperti pokok kepala sawit, bagaimanapun kajian mendapati, kuali anda tidak akan ditumbuhi rambut apabila anda menggoreng menggunakan minyak kepale sawit, sebaliknya ayam goreng anda akan ditumbuhi bulu ayam apabila anda menggorengnya dengan minyak kepale sawit.

Kepale sawit telah diusahakan oleh seorang pelajar pertanian bernama Din. Menurut beliau, kepale sawit teleh menyebabkan gaya rambutnya dipuji oleh tauke saloon dan kawan-kawan sepermainannya sejak dia memakai minyak kepala sawit. Oleh itu beliau mahu setiap orang memiliki gaya rambut menawan sepertinya. Tetapi, tambah beliau, untuk mereka yang mempunyai penyakit perasan yang melampau dinasihati tidak menggunakan minyak kepale sawit. Dikhuatiri hidung pesakit berkenaan akan berkembang dan terus melebar akibat dipuji.

4 comments:

  1. jika anda bermasalah dgn rambut.sila guna produk ini yg amat berkesan..ia akan mnjadikan rambut anda lurus dan menawan...dan...seluruh persatuan antu2 malaysia akan takut kepada anda kerana anda mempunyai rambut yg lebih cool drpd mereka...

    ReplyDelete
  2. hmm gua rasa kene beli produk ni sbb rambut gua xbleh pacak apabila panjang...nice produk =D

    ReplyDelete
  3. kapala sawit.

    kalo di indonesia maksudnya KETUA SAWIT tu pak!

    hehe.

    -chaz-

    ReplyDelete