Thursday, January 22, 2009

Siku




Setiap
manusia normal mempunyai sepasang kaki iaitu kiri dan kanan, dan setiap kaki yang normal mempunyai bahagian bawah tapak kaki yang di panggil tumit. Tumit adalah bahagian paling belakang pada tapak kaki dan merupakan bahagian yang paling keras pada tapak kaki.

Sesetengah wanita gemar memakai kasut tumit tinggi untuk kelihatan lebih cantik dan tinggi. begitulah pentingnya tumit pada sesetengah manusia. Namun tidakkah jelik jika tumit dipanggil siku? siku adalah bahagian tengah yang tajan terletak pada lengan seorang manusia normal, tetapi tidak bagi seorang peniaga di sunway yang tidak mahu disebutkan namanya.

Tumitnya dipanggil siku oleh kerana ia mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan siku di lengannya iaitu menyiku seseorang. Beliau menyatakan tumitnya telah berfungsi sebagai siku sejak 3 bulan yang lalu apabila seorang yang sedang berbaring mengganggunya. Beliau turut mendapati tumitnya itu mampu menyiku lebih baik dari sikunya sendiri. Menurut beliau lagi, sejak tumitnya dipanggil siku, beliau telah mendapat hobi baru iaitu menyiku seseorang tanpa kompromi. Antara yang telah menjadi mangsa sikuan beliau adalah rakan-rakan kelas, rakan-rakan karib dan makcik cleaner di tempat kerja beliau. Menurut mangsa-mangsa berkenaan mereka berasa sangat bangga dan bahagia apabila menjadi salah seorang yang disiku menggunakan tumit.

1 comment:

  1. whOAH!macam best jer kene tuuuuMMIITTT~!hahahaha

    ReplyDelete