Thursday, January 22, 2009

nararorok

Satu lagi permainan video online kegemaran ramai yang semakin popular. Berkonsepkan ninja jepun pada zaman moden. Setiap ninja mempunyai pekerjaan seperti assasin, hunter, sniper, knight, merchant, white smith dan banyak lagi.Mula popular di Malaysia, dikatakan ianya gabungan siri anime naruto dan permainan video online korea ragnarok.

Nararorok tercetus apabila kesilapan teknikal seorang hacker yang mahu membantu rakannya mendownload permainan ragnarok, oleh kerana ujian matematik berlansung keesokannya, beliau sangat runsing dan menolong rakannya secara terpaksa dan telah keliru antara naruto dan ragnarok.Akibat kekeliruan yang amat sangat, beliau cuba mencipta sesuatu yang baru yang tidak menghampakan rakannya itu. Dengan menggabungkan kedua-dua elemen siri kegemaran rakannya dan permainan video rakannya, beliau telah berjaya mengubah dunia permainan masa kini.

Tetapi mengikut sumber yang boleh dipercayai, beliau tidak sempat untuk mengulangkaji pelajaran untuk ujian matematik yang berlansung keesokan harinya. Keputusan ujian beliau telah dirahsiakan, bagaimanapun berasa bangga dan gembira apabila permainan video ciptaannya disebut oleh rakan-rakannya setiap hari.

2 comments: