Thursday, January 15, 2009

Muffler




Ekzos kereta atau ekjos. Mungkin ini yang terlintas di fikiran anda apabila perkataan Muffler berkumandang. Tetapi jangan silap! Muffler adalah satu perhiasan yang diletakkan di atas bahu untuk menghalang kesejukan iklim khatulistiwa.

Muffler diperbuat dari besi, berbentuk tabung seperti ekzos kereta, ia diletakkan di belakang ekzos kereta untuk dipanaskan sebelum si pemakai memakainya dan membawanya ke sana sini dengan tujuan menunjuk-nunjuk.

Muffler wujud apabila seseorang mengetengahkan fesyen ini bernama Shahril (tanpa mohd). Menurut Shahril, Mafla yang dipakai oleh sesetengah orang mampu menyesatkan bangsanya. Dengan lambang Machester United, Chelsea, Arsenal dan sebagainya, orang-orang Malaysia akan kurang bangga kepada negara mereka sendiri. Jadi Muffler diperkenalkan kerana ia adalah buatan Malaysia dan mempunyai logo sirim.

Anda boleh mendapatkan Muffler ini di kedai yang mengambil bahagian seperti Wei Yip, Wei heng, ataupun brothers di cawangan berdekatan.

4 comments:

  1. huhu...member2 bilek gue suka buka air-cond suhu 16.......xtahan wooo~.....ahad ni kene pegi brother nk beli Muffler nih utk dipakai...

    ReplyDelete
  2. fuad..ko kena tanya ayen mana satu yang sesuai untuk ko..dia pandai pilih.hahahaha

    ReplyDelete
  3. haa..bli la kaler maler sket bru striking...hahahah..kompom pas pakai ini benda, leher anda akan menjadi seperti tapir...hahahah...

    ReplyDelete
  4. hmm..ni yg pening ni..nk beli mana satu nih?

    ReplyDelete