Thursday, January 15, 2009

Ramal Square




Jika anda orang kajang atau biasa dengan bandar kajang di selangor, Malaysia. Anda mungkin kenal dengan satu tempat tumpuan untuk makan malam bernama RAMAL JUCNTION. Untuk mereka yang tidak biasa dengan ramal junction, Ia seperti sebuah 'food court' yang menawarkan pelbagai makanan dan menggunakan servis layan diri. Terletak kira-kira 1 kilometer dari bandar kajang ia terkenal sebagai tempat tumpuan pelajar-pelajar IPTA dan IPTS untuk menikmati hidangan malam.

Ramal Square adalah satu panggilan yang bercorak lebih mewah untuk Ramal junction, dicipta oleh seorang pelajar KLIUC bernama Hilmi, Ramal junction tidak lagi sunyi dan suram seperti dahulu, malah ia lebih bercahaya dan indah bak Hartamas Square. Pelajar berkenaan mendapat pujian apabila Ramal junction lebih meriah dan berdaya saing seperti Hartamas Square. Lebih-lebih lagi ia menjadi tarikan lebih ramai pelajar dan orang-orang asing dan tidak asing untuk menikmati juadah di Ramal Junction.

Dengan harga yang berpatutan seperti Air Cola-cola yang cuma RM1.60 setin dan makanan seperti Nasi Goreng ayam RM4.50, anda mampu berlagak kaya dan glamor di Ramal Square berbanding menangisi kehilangan duit poket anda di Hartamas square. Selain dapat mengenyangkan perut anda, anda akan dipuji kawan-kawan dan dicemburui orang kampung anda apabila anda bertandang dan makan di Ramal Square.

5 comments:

  1. tempat best nak cuci mata anda..macam macam ada! hehe..

    ReplyDelete
  2. bukn setakat makanan tapi bak kata saudara amirol, tmpt ini mempunya pelbagai daya tarikan tersendiri...hehehe....

    ReplyDelete
  3. ak bangga belajar kat kliuc sebab kliuc ngan RAMAL SQUARE !! best !!
    lagi best dr HArtamas square dan times square!
    WOO-HOO!

    ReplyDelete
  4. **best sebab dekat ngan ramal square

    ReplyDelete