Sebuah filem arahan Prof. A.B.G. DIN. sebuah filem seram yang akan menghantui rakan-rakan anda yang takut ke tandas dan bakal menakutkan hantu-hantu yang berkeliaran di waktu malam.
Cerita yang mengisahkan seorang perenang bernama koko yang gemar terdampar di tepi pantai atau kolam selepas melakukan aktiviti berenangnya. Akibat dari perbuatan terkutuknya itu beberapa pelajar yang membenci perbuatan kutuknya itu berpakat untuk membawa koko ke sebuah pulau di australia dan bercadang untuk menakut-nakutkannya selepas beliau berenang. Namun gurauan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila selipar salah seorang dari mereka hilang.
Ikuti tindakan seterusnya mereka di pawagam berdekatan pada hujung tahun ini.
Thursday, April 23, 2009
Kilometo
Sejenis sukatan digunakan pada zaman dahulu untuk mengukur ketajaman mata pisau. Alat yang digunakan adalah berupa gigi taring yang diperbuat dari tulang lembu.Namun alat itu kini tidak lagi digunakan kerana tidak terdapat dalam mana-mana buku sains di Malaysia kerana setiap buku sains hanya menggunakan unit sukata SI (standard International).
Kilometo kini masih lagi digunakan oleh sesetengah pemburu klasik yang masih lagi memburu menggunakan tombak dan parang sebagai senjata buruan. Difahamkan kilometo ini masih aktif digunakan oleh penduduk asli di kepulauan selatan afrika. Bagaimanapun alat diimport di asia tenggara kerana tidak terdapat lembu di kepulauan berkenaan. Difahamkan ia satu-satunya bahan yang diimport ke kepulauan berkenaan sejak 50 tahun lalu.

Traid
Satu lagi perkataan yang melambangkan kedudukan. Tetapi perkataan ini tidak digunakan untuk jirim yang sedang statik. Ia juga boleh digunakan untuk sebuah jirim yang dalam keadaan dinamik atau bergerak. Traid juga tidak semestinya digunakan untuk sesuatu gambar 3 dimensi, ia boleh digunakan untuk gambar 2 dimensi. Namun sesetengah saintis berkata traid juga mampu digunakan pada gambarajah dan ahli kongres sedunia tidak mempersetujui traid digunakan untuk gambar gajah kerana berunsur perkauman.
Contoh ayat: "Kalau adik nak pergi ke zoo, adik cuma pergi traid. Adik dah traid, adik bg signal ke kiri adik masuk kiri, adik traid lagi. dalam 1km adik traid adik sampaila." Ayat berkenaan jelas menunjukkan sasuatu jirim dalam keadaan dinamik. Bergerak dari satu titik ke satu titik dalam keadaan tegak kehadapan. Untuk sesuatu yang statik dan tegak ke bahagian atas adalah tidak sesuai digunakan dan berunsur lucah.

Tengi
Kedudukan sesuatu jirim di antara 2 jirim lain. Ataupun keadaan jirim yang statik pada permukaan yang lebar. Tengi tidak lagi digunakan kerana ketepatannya yang kurang jelas untuk menyatakan sesuatu keadaan atau kedudukan.
Contoh ayat: "Din suka berbaring di tengi jalan". ayat berkenaan menyatakan lokasi sesuatu jirim yang "BESAR" mewakili 'din' yang berbaring di tengah jalan. Ayat berkenaan mudah untuk kita fahami yang jirim berkenaan iaitu 'din' adalah sangat besar sehingga boleh menutup sebuah jalan dan menyukarkan lalu lintas. Tidak pula dinyatakan bahawa din itu tidak mampu bergerak atau malas untuk bergerak. Tetapi jika din itu sedang berbaring ternyata beliau sedang dalan keadaan malas. Namun tengi bukanlah satu perkataan yang berunsur kutukan atau dicipta untuk mengutuk. Tetapi ayat contoh yang diberi jelas sedang mengutuk.

Friday, April 3, 2009
Perpepsi
Persepsi adalah pendapat seseorang dari pandangan beliau. Namun tidak tercatat dalam kamus dewan edisi ketiga atau keempat perkataan 'perpepsi'. Ini kerana dewan bahasa dan pustaka tidak memperkenankan ayat berkenaan kerana takut disaman oleh syarikat minuman gergasi bernama Pepsi.
Walaubagaimanapun perpepsi masih lagi digunakan oleh sesetengah pelajar IPTS yang mahu mengukuhkan pendapat mereka apabila berbahas dengan rakan-rakan mereka. Ini dipercayai mampu merosakkan bahasa ibunda kita jika terus digunakan untuk tujuan berbahas.

Proton Semporna
Proton persona adalah model terbaru proton untuk sebuah kereta sedan. Dan semporna adalah sebuah syarikat pengeluar rokok dari Indonesia, namun bagi perokok pasif, sering tersilap atau sengaja dikelirukan kedua-dua nama ini. Persona tidak lagi dipanggil persona tetapi lebih senang dipanggil semporna.
Batak Tenang
Batak dan Tenang agak mudah didapati dalam percakapan seharian kita, ia juga terdapat dalam kamus dewan. Namun penggunaan kedua-dua perkataan sekaligus sangat jarang didengari oleh kita semua. 'Batak Tenang' jika dihuraikan bermaksud seorang kuli batak yang sangat tenang perangainya. Agak berlainan dengan maksud sebenarnya iaitu senang yang amat sangat atau bahasa muda mudi, "Bapak Senang!!"
Setelah dikaji, batak tenang agak menyerupai maksudnya bapak senang kerana tiada kuli batak yang sangat tenang dengan pekerjaannya melainkan pekerjaannya itu bapak senang nak buat. Ketenangan itu akan didapati apabila pekerjaan mereka terlalu senang.

Thursday, April 2, 2009
Computer
Di sebuah kepulauan kecil berhampiran Zimbabwe, terdapat penempatan orang asli yang tidak menerima teknologi. Namum mereka sangat berminat dengan satu teknologi iaitu computer. Mereka sangat kagum dengan kebolehan komputer yang diceritakan oleh seorang pelancong asing kepada mereka, mereka menginginkan memiliki computer berkenaan.
Ketibaan sebuah computer di kepulauan kecil itu menyebabkan ramai suku kaum di sana berbunuhan apabila gagal bermain games, membuat kira-kira dan melayari laman web tagged.com. ini kerana mereka hanya menerima sebuah computer yang berbentuk katil dan juga berfungsi seperti katil. Besar, selesa dan empuk dan bukannya barang elektronik seperti yang digembar-germburkan. Menurut ketua suku kaum berkenaan, mereka akan terus memuja computer berkenaan supaya ia mampu membawa kaum berkenaan ke arus permodenan.

Sain Karung
Sejenis kain yang digunakan untuk menyarung mahupun mengurung seseorang di waktu subuh seandainya insan berkenaan enggan bangun pagi untuk solat subuh. Sain karung tidak digelar kain mungkin kerana ia dicipta di zaman yang menuju arus permodenan dan kain tidak lagi dikenali oleh orang muda.
Sain karung cukup dikenali di Negeri Sembilan dan sering digunakan di dalam tarian yang tidak lagi tradisional. Sain karun juga digunakan sebagai karung untuk membawa buah-buahan di musim buah.
Sain karung cukup dikenali di Negeri Sembilan dan sering digunakan di dalam tarian yang tidak lagi tradisional. Sain karun juga digunakan sebagai karung untuk membawa buah-buahan di musim buah.
Thursday, January 29, 2009
Sunyaz
Sebuah shopping complex kecil di bandar Sunway, menjadi tempat kegemaran setiap muda mudi untuk bermain bowling atau menonton wayang berukuran 140 kaki persegi. Yang sangat menghairankan adalah tempat ini bukan saja dikunjungi muda mudi, tetapi terdapat makcik makcik berkeliaran pada hari cuti untuk bermain bowling bersama orang-orang muda.
Oleh kerana ia gagal menarik banyak pengunjung muda, kini lokasinya dirahsiakan. Hanya mereka yang gemar bermain bowling saja tahu lokasi tempat berkenaan.
Oleh kerana ia gagal menarik banyak pengunjung muda, kini lokasinya dirahsiakan. Hanya mereka yang gemar bermain bowling saja tahu lokasi tempat berkenaan.
Skoling
Sejenis alat bantuan pernafasan. Seperti snokling, ia mempunyai goggle dan bantuan pernafasan seperti tiub. Apa yang uniknya skoling ini adalah kemampuannya untuk memperi bantuan pernafasan (CPR) kepada rakan anda sekiranya beliau pengsan di tepi pantai apabila melihat awek memakai bikini.
Cara penggunaannya adalah dengan memakaikan skoling pada mereka yang pengsan, dan meniup hujung tiub berkenaan. Pastikan anda memakan petai atau durian sebelum memberi bantuan pernafasan untuk memudahkan rakan anda tersedar.

First and Furious
Sebuah filem lakonan sekumpulan pelajar kejuruteraan yang gemar memandu perlahan. Mengisahkan watak utama 'bangcik' yang memiliki sebuah kereta yang menjadi pujaan gadis-gadis di perkampungannya. Apabila dia datang ke bandar, dia terpegun melihat cara pemanduan sekumpulan pelajar di kolejnya yang gemar memandu perlahan terutama apabila melintas di hadapan hostel perempuan sambil menghisap rokok dan mengeluarkan tangan dari
tingkap.
Bangcik bertemu rakan yang turut berkelakuan demikian dan cuba memahami motif mereka. Saksikan bangcik dan rakan-rakannya bersaing dalam merebut gelaran juara dalam sukan bermotor autoshow.
tingkap.
Bangcik bertemu rakan yang turut berkelakuan demikian dan cuba memahami motif mereka. Saksikan bangcik dan rakan-rakannya bersaing dalam merebut gelaran juara dalam sukan bermotor autoshow.
Thursday, January 22, 2009
kunci rokok
Satu lagi produk keluaran FIFI Security sdn bhd. Kunci yang berupa rokok ini mampu melindungi motor anda dari dicuri atau dimusnahkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. berukuran sebesar sebatang rokok Dunhill, motor anda akan dilindungi hanya dengan menekan satu butang sahaja.
Kunci rokok ini mampu disimpan di dalam kotak Dunhill 14 atau Dunhill 20. Kunci rokok juga mampu membuatkan anda kelihatan sentiasa mempunyai rokok pada tangan anda. Ini membuatkan anda nampak cool sentiasa dan berduit. Dalam keadaan terdesak, kunci rokok mampu melegakan anda kerana kunci rokok ini berbau tembakau asli, tapi awas, ianya tidak boleh terkena
api.

mmmuuuuuu
MMMoooooooo.... Itulah bunyi yang kita dengari apabila berada berhampiran seekor atau sekumpulan lembu. Tapi jika anda sudah bosan mendengar bunyi mooo lembu itu, anda boleh cuba menjejakkan kaki ke Petaling jaya selangor atau kajang. Di kedua tempat ini biasanya kelihatan seorang pujangga yang sering mencipta satu ayat baru.
Mang (bukan nama sebenar) telah memperkenalkan perkataan baru untuk tumit iaitu mmmuuuuuuu. Menurut beliau, tumit tidak lagi sesuai dan tidak cukup ganas digunakan apabila anda menggunakan tumit anda untuk menghukum seseorang apabila marah. Bunyi mmmmuuuuu mampu dikeluarkan apabila tumit anda singgah di dahi seseorang dan bunyian berkenaan mampu melegakan kemarahan anda. Oleh itu mang pun mula menggunakan perkataan mmmuuuuuu tatkala tumitnya singgah di dahi seseorang.

nararorok
Satu lagi permainan video online kegemaran ramai yang semakin popular. Berkonsepkan ninja jepun pada zaman moden. Setiap ninja mempunyai pekerjaan seperti assasin, hunter, sniper, knight, merchant, white smith dan banyak lagi.Mula popular di Malaysia, dikatakan ianya gabungan siri anime naruto dan permainan video online korea ragnarok.
Nararorok tercetus apabila kesilapan teknikal seorang hacker yang mahu membantu rakannya mendownload permainan ragnarok, oleh kerana ujian matematik berlansung keesokannya, beliau sangat runsing dan menolong rakannya secara terpaksa dan telah keliru antara naruto dan ragnarok.Akibat kekeliruan yang amat sangat, beliau cuba mencipta sesuatu yang baru yang tidak menghampakan rakannya itu. Dengan menggabungkan kedua-dua elemen siri kegemaran rakannya dan permainan video rakannya, beliau telah berjaya mengubah dunia permainan masa kini.
Tetapi mengikut sumber yang boleh dipercayai, beliau tidak sempat untuk mengulangkaji pelajaran untuk ujian matematik yang berlansung keesokan harinya. Keputusan ujian beliau telah dirahsiakan, bagaimanapun berasa bangga dan gembira apabila permainan video ciptaannya disebut oleh rakan-rakannya setiap hari.

Kain putah
Sejenis kain yang digunakan untuk membungkus kain baju untuk lari dari rumah atau lari meninggalkan rumah setelah habis cuti semester. Kain ini tidak semestinya berwarna putih, kadangkala ia berwarna-warni ataupun bergambar.
Kain putah ini seringkali kelihatan di kartun-kartun jepun apabila seseorang itu cuba melarikan diri dari rumah. Ia semakin popular apabila karekter dari kartun Doraemon mula menggunakan kain putah sebagai satu cara untuk membungkus pakaian mereka.
Kain putah boleh didapati di sekitar Nilai 3 atau Nilai 1, dengan harga serendah RM 3 semeter, sesiapa pun mampu memilikinya.

Honda Pulut

Honda dalah sebuah pengeluar kereta dari jepun yang tidak asing lagi, syarikat ini menghasilkan kereta, motor, enjin bot dan barang elektronik. Manakala pulut adalah sejenis makanan dari Malaysia yang dihasilkan dari beras. Pulut sedap dimakan apabila diberi secara percuma di kenduri atau majlis.
Namun siapa sangka dua perkara yang berbeza dari negara yang berbeza mampu memberi satu gabungan yang sangat baik. Honda pulut telah diperkenalkan pada 1987 di persimpangan kedua-dua negara Malaysia dan Jepun sempena meraikan persahabatan antara Malaysia dan Jepun.
Honda pulut bukanlah sejenis kereta atau makanan tetapi sejenis perayaan. Cara meraikannya adalah dengan memakan pulut di atas model kereta Honda prelude yang juga dihasilkan khas untuk meraikan perayaan berkenaan. Honda pulut sangat meriah dan sedap kerana ia adalah percuma, namun tidak berapa sedap dimakan jika orang yg memakannya adalah tuan yg sponsor pulut berkenaan kerana poketnya dikhuatiri akan kering selepas perayaan itu.
Siku

Setiap manusia normal mempunyai sepasang kaki iaitu kiri dan kanan, dan setiap kaki yang normal mempunyai bahagian bawah tapak kaki yang di panggil tumit. Tumit adalah bahagian paling belakang pada tapak kaki dan merupakan bahagian yang paling keras pada tapak kaki.
Sesetengah wanita gemar memakai kasut tumit tinggi untuk kelihatan lebih cantik dan tinggi. begitulah pentingnya tumit pada sesetengah manusia. Namun tidakkah jelik jika tumit dipanggil siku? siku adalah bahagian tengah yang tajan terletak pada lengan seorang manusia normal, tetapi tidak bagi seorang peniaga di sunway yang tidak mahu disebutkan namanya.
Tumitnya dipanggil siku oleh kerana ia mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan siku di lengannya iaitu menyiku seseorang. Beliau menyatakan tumitnya telah berfungsi sebagai siku sejak 3 bulan yang lalu apabila seorang yang sedang berbaring mengganggunya. Beliau turut mendapati tumitnya itu mampu menyiku lebih baik dari sikunya sendiri. Menurut beliau lagi, sejak tumitnya dipanggil siku, beliau telah mendapat hobi baru iaitu menyiku seseorang tanpa kompromi. Antara yang telah menjadi mangsa sikuan beliau adalah rakan-rakan kelas, rakan-rakan karib dan makcik cleaner di tempat kerja beliau. Menurut mangsa-mangsa berkenaan mereka berasa sangat bangga dan bahagia apabila menjadi salah seorang yang disiku menggunakan tumit.
Thursday, January 15, 2009
Keputusan

Dalam Kamus dewan edisi ketiga, Kuputusan bermaksud kata putus, atau pilihan. Tetapi tidak bagi bahasa Melayu penduduk KLIUC. Mereka telah memperkenalkan satu lagi maksud keputusan yang bermaksud tumpuan.
Keputusan bagi mereka adalah satu tumpuan kerana hidup memerlukan keputusan dan tumpuan. Tidak mampu mengasingkan kedua-dua perkataan berkenaan, mereka memutuskan untuk menggunakan salah satu dari perkataan berkenaan. Akibatnya, salah seorang pakar bahasa dari KLIUC telahpun memutuskan keputusan akan digunakan.
Walaubagaimanapun, pakar-pakar bahasa dari dewan bahasa dan pustaka masih tidak memutuskan apa-apa tindakan atau larangan bagi mereka yang menggunakan keputusan sebagai tumpuan. Keputusan tidak boleh diambil lagi apabila maksud keputusan ditukar kepada tumpuan, kerana keputusan tidak akan wujud sebagai satu keputusan sebaliknya satu tumpuan.
Kepale sawit

Sejenis tumbuhan yang tumbuh di Kajang, selangor. Kepale sawit mampu menghasilkan minyak yang mampu menyuburkan kulit kepala. Akibatnya si pemakai akan ditumbuhi rambut yang kasar dan tegak secara semulajadi.
Kepale sawit hanya ditanam dan dibiakkan di kawasan kajang sahaja memandangkan iklim dan suasana di kajang sangat sesuai untuk pokok kepala sawit.
Kepala sawit menghasikan buah sepeti biji sawit, pokoknya rendang dan buahnya mampu dipetik oleh seorang yang berketinggian 160cm. Buah kepale sawit tidak mampu menghasilkan minyak untuk dimasak seperti pokok kepala sawit, bagaimanapun kajian mendapati, kuali anda tidak akan ditumbuhi rambut apabila anda menggoreng menggunakan minyak kepale sawit, sebaliknya ayam goreng anda akan ditumbuhi bulu ayam apabila anda menggorengnya dengan minyak kepale sawit.
Kepale sawit telah diusahakan oleh seorang pelajar pertanian bernama Din. Menurut beliau, kepale sawit teleh menyebabkan gaya rambutnya dipuji oleh tauke saloon dan kawan-kawan sepermainannya sejak dia memakai minyak kepala sawit. Oleh itu beliau mahu setiap orang memiliki gaya rambut menawan sepertinya. Tetapi, tambah beliau, untuk mereka yang mempunyai penyakit perasan yang melampau dinasihati tidak menggunakan minyak kepale sawit. Dikhuatiri hidung pesakit berkenaan akan berkembang dan terus melebar akibat dipuji.
gegege ala...

Goallll!!!!!! Gooollaaasooo!!! Golllll!!!! MASUKK!!!! biasanya adalah laungan yang kedengaran apabila anda menonton bola sepak. Setiap kali pasukan pilihan menjaringkan gol, pasti laungan di atas akan kedengaran. Tidak di suatu tempat di Berhampiran Bandar Baru Bangi. Anda akan terdengar laungan kuat GEE GEE GEE GEE ALAAA!!!! daripada puak-puak asli di bandar baru bangi.
Oleh kerana penempatan berkenaan agak terpencil dan jauh dari teknologi, Masyarakat asli berkenaan tidak pernah sekali-kali menonton atau bermain bola sepak, tetapi memandangkan putrajaya dan cyberjaya di bini berhampiran, mereka dihadiahkan set tv dan belakan elektrik pada tahun lepas. Jerita 'ge ge ge ge alaa' bermula apabila ketua kampung tersebut bernama aiman terdengan laungan gol setiap kali bola disumbat ke dalam gol. Beliau cuba untuk meniru tetapi apabile perasaan seronok dan eksitet melampau, beliau dijangkiti penyakit gagap kronik mengakitbatkan jeritan golnya berbunyi ge ge ge alaa...
Oleh kerena respek yang tak terhingga kepada ketua kampung, setiap penduduk meneruskan tradisi melaung 'ge ge ge ge alaaa' setiap kali gol disumbatkan. Bagi mereka sebutan itu lebih unik dan bersemangat. Sebuah lagu nyanyian Ricky Martin turut dipengaruhi laungan berkenaan tetapi diubah mengikut rentak lagu berbunyi "gol gol gol ale ale alee"
Cukai

Sejenis makanan yang hampir pupus dikenali sebagai cukai. Cukai adalah satu makanan yang datang dari Hutan Hijau Bandar Baru Bangi. Apa yang menariknya, secara kebetulan, cukai ini menyerupai Cakoi, sejenis makanan dari gombak. Cakoi biasanya dimakan bersama keluarga atau orang tersayang. Dicicah bersama kuah kaya atau kari. Tetapi Cukai lebih enak dimakan beramai-ramai bersama kawan-kawan anda sambil berjalan. Ia lebih sedap apabila Ia terus dimakan sejurus anda membelinya. Pakar Kimia dan psikologi masih lagi mengkaji perbezaan antara cakoi dan cukai kerana dikhuatiri bahan dan cara membuatnya adalah sama, tetapi jelas berbeza cara makannya.
Muffler

Ekzos kereta atau ekjos. Mungkin ini yang terlintas di fikiran anda apabila perkataan Muffler berkumandang. Tetapi jangan silap! Muffler adalah satu perhiasan yang diletakkan di atas bahu untuk menghalang kesejukan iklim khatulistiwa.
Muffler diperbuat dari besi, berbentuk tabung seperti ekzos kereta, ia diletakkan di belakang ekzos kereta untuk dipanaskan sebelum si pemakai memakainya dan membawanya ke sana sini dengan tujuan menunjuk-nunjuk.
Muffler wujud apabila seseorang mengetengahkan fesyen ini bernama Shahril (tanpa mohd). Menurut Shahril, Mafla yang dipakai oleh sesetengah orang mampu menyesatkan bangsanya. Dengan lambang Machester United, Chelsea, Arsenal dan sebagainya, orang-orang Malaysia akan kurang bangga kepada negara mereka sendiri. Jadi Muffler diperkenalkan kerana ia adalah buatan Malaysia dan mempunyai logo sirim.
Anda boleh mendapatkan Muffler ini di kedai yang mengambil bahagian seperti Wei Yip, Wei heng, ataupun brothers di cawangan berdekatan.
Seluar Pender

Sejenis seluar yang hampir menyerupai seluar pendek. Anda mungkin tertipu dengan seluar berkenaan dan menyangka ia adalah gabungan seluar pendek dan spender (seluar dalam). Tapi awas! Ia satu fesyen baru rekaan Saudara Amirool dari menjalara. Anda pasti akan digelar ketinggalan zaman atau tidak cukup cool apabila anda tidak memakai seluar pender di dalam seluar jeans anda, lebih memalukan apabila anda tidak kenal dan tidak dapat membezakan seluar pender dengan seluar pendek atau spender.
Dengan sentuhan gaya, mutu dan keunggulan ditambah kesenian saudara amirool, seluar pender dijahit kemas supaya ia nampak lebih seksi dan menawan. Seluar ini mampu terbang setinggi 4 tingkat apabila ditiup angin. Dan ia mampu terbang hanya jika anda tidak memakainya dan membiarkannya kering seharian di luar beranda.
Produk ciptaan tempatan ini biasanya tampil dengan satu warna, iaitu hitam atau biru gelap. Ia boleh dipakai oleh sesiapa dan selesa digayakan begitu saja. Menurut Saudara amirool, beliau mahu menembusi pasaran China pada tahun ini memandangkan China tidak memiliki sebarang sarung yang mampu menutup kemaluan mereka apabile hendak ke tandas.
Ramal Square

Jika anda orang kajang atau biasa dengan bandar kajang di selangor, Malaysia. Anda mungkin kenal dengan satu tempat tumpuan untuk makan malam bernama RAMAL JUCNTION. Untuk mereka yang tidak biasa dengan ramal junction, Ia seperti sebuah 'food court' yang menawarkan pelbagai makanan dan menggunakan servis layan diri. Terletak kira-kira 1 kilometer dari bandar kajang ia terkenal sebagai tempat tumpuan pelajar-pelajar IPTA dan IPTS untuk menikmati hidangan malam.
Ramal Square adalah satu panggilan yang bercorak lebih mewah untuk Ramal junction, dicipta oleh seorang pelajar KLIUC bernama Hilmi, Ramal junction tidak lagi sunyi dan suram seperti dahulu, malah ia lebih bercahaya dan indah bak Hartamas Square. Pelajar berkenaan mendapat pujian apabila Ramal junction lebih meriah dan berdaya saing seperti Hartamas Square. Lebih-lebih lagi ia menjadi tarikan lebih ramai pelajar dan orang-orang asing dan tidak asing untuk menikmati juadah di Ramal Junction.
Dengan harga yang berpatutan seperti Air Cola-cola yang cuma RM1.60 setin dan makanan seperti Nasi Goreng ayam RM4.50, anda mampu berlagak kaya dan glamor di Ramal Square berbanding menangisi kehilangan duit poket anda di Hartamas square. Selain dapat mengenyangkan perut anda, anda akan dipuji kawan-kawan dan dicemburui orang kampung anda apabila anda bertandang dan makan di Ramal Square.
Subscribe to:
Comments (Atom)